Popular Posts

Ekonomi


PENYENARAIAN FGVH KE DALAM BURSA MALAYSIA TIDAK LIBATKAN TANAH PENEROKA


KUALA LUMPUR – Rancangan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia tidak melibatkan tanah hak milik peneroka Felda sama sekali, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri menangkis dakwaan sesetengah pihak bahawa langkah penyenaraian itu akan menyebabkan tanah hak milik peneroka tergadai di mana menurut beliau penyenaraian itu hanya melibatkan tanah kerajaan negeri.
“Saya mengulangi lagi bahawa tiada seinci pun tanah hak milik peneroka akan terlibat dengan penyenaraian ini.
“Penyenaraian hanya melibatkan tanah-tanah kerajaan negeri yang diberi hak memajukan kepada kerajaan persekutuan sebagaimana peruntukan dalam Akta GSA 1960 yang selama ini diurus oleh Felda Plantations,” katanya pada majlis perasmian Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) 2012 di Dataran Merdeka di sini, hari ini.

SUMBER :-

No comments:

Post a Comment