Popular Posts

Monday 16 January 2012

AHLI FALSAFAH SOCRATES


            Socrates merupakan ahli falsafah dan ilmuan Yunani,  dan adapun kisah hidupnya, pandangan buah fikirannya, dan cara kematiannya yg penuh dengan keberanian  mencapai kemasyhuran dalam sejarah. Menghabiskan sepanjang hayatnya kepada pencarian, perbincangan dan kajian tentang kebenaran dan kebaikan. Socrates tidak dikenali melalui buku tulisannya akan tetapi melalui anak muridnya iaitu (المؤرخ زينفون ), Plato, Aristotle.

RIWAYAT HIDUP
            Dilahirkan Socrates di Athens sekitar tahun 470 s.masihi. adapun ayahnya seorang pemahat dan ibunya merupakan bidan. Tidak diketahui tentang kehidupannya sebelumnya hinggalah dia mencapai pertengahan umurnya dan menjadi seorang yang terkemuka di Bandar. Disebabkan buah fikirannya yang baru dan peribadinya yang unik telah menjadiakan dia seorang yang masyhur. Penampilan Socrates agak kurang menonjol dengan mempunyai mata yang besar dan hidung yang pesek. Dia juga dikenali sebagai seorang yang tawadhu’ dalam perihal pemakanan, manakala pakaiannya sangan ringkas. Dia telah berkahwin dengan zansib yang dikenali dengan perwatakan yang keras, dan kehidupan bersama isterinya susah. Telah melahirkan untuknya dua orang anak lelaki.