Popular Posts

Agama


GERHANA BULAN "SABTU 10/12/2011"


Assalamualaikum......insyaallah esok 10/12/2011 hari sabtu bersamaan 15 Muharram 1433 hijrah, kita akan  dapat melihat kejadian fenomena gerhana bulan. Satu lagi bukti dan tanda kekuasaan serta kebesaran Allah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui akan segalanya. Pada hari tersebut juga, umat islam digalakkan untuk melaksanakan solat sunat gerhana. Jadi, marilah kita beramai-ramai melaksanakan tuntutan solat sunat gerhana esok hari secara berjamaah di masjid2 yang berdekatan.... Jazakumullahukhair.....


       
  حديث تنتع صلاة الكسوف
 عن عبدالله بن عمرو رضي الله عنهما قال لما كسفت الشمس على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم نودي إن الصلاة جامع



IMAM ASH-SHAFIEE


Imam Ash-Shafiee merupakan pengasas Mazhab Shafiee yang banyak dianuti oleh para penduduk di negara-negara sebelah timur termasuk Malaysia.

Nama sebenar ialah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Uthman bin Syafi’I bin Abi Yazid Ubaid bin Hasyim bin Al-Muttalib bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab.  Pada Abdul Manaf itulah bercantumnya salasilah keturunan Imam Ash-Shafiee dengan keturunan Rasulullah s.a.w. Ini adalah kerana, keturunan Rasulullah s.a.w adalah melalui Hasyim bin Abdul Manaf. Manakala gelaran yang diberikan kepadanya ialah Abu Abdullah.

Beliau dilahirkan pada tahun 150 H bersamaan tahun 767 M bertempat di Ghuzzah iaitu satu bandar yang terletak di dalam Daerah Asqalan di Selatan negara Palestin ( semenanjung Gaza ).























No comments:

Post a Comment